Tentang Kami
Mazmida Catering Services menawarkan hidangan berkualiti tinggi, perkhidmatan profesional, dan pengalaman yang tak terlupakan untuk setiap majlis anda. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Tentang Kami
Selamat Datang Ke Mazmida Catering & Event Planner
Sebelum MAZMIDA CATERING & EVENT PLANNER ditubuhkan, kami beroperasi di atas nama Mazmida Enterprise. Mazmida Enterprise ditubuhkan pada tahun 2004 dibawah pengurusan En. Mazlan Bin Abu Bakar, pada tahun 2012 En. Mazlan Bin Abu Bakar memberi kepecayaan kepada anaknya, En Asharaff Syafiq Bin Mazlan selaku pengurus yang baharu di atas nama MAZMIDA CATERING & EVENT PLANNER bersama-sama anak-anak yang lain Puan Nurul Atiqah Binti Mazlan dan Fatin Nurnazurah Binti Mazlan, dan Nurul Alena Binti Mazlan
MAZMIDA CATERING & EVENT PLANNER, merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan acara dan perkhidmatan catering, sebagai pengetahuan dibawah pengurusan acara terdapat beberapa perkhidmatan seperti, perkhidmatan canopy, perkhidmatan pelamin, perkhidmatan baju acara, perkhidmatan PA SISTEM, perkhidmatan dewan dan banyak lagi perkhidmatan yang lain.

Moto Syarikat
‘’MAJLIS ANDA ADALAH MAJLIS KAMI JUA’’
DAPAT MEMUPUK SELURUH TENAGA KERJA BERKERJA SEMAKSIMA YANG MUNGKIN SUPAYA
IMPIAN PELANGAN KAMI AKAN TERLAKSANA SEPERTI MAJLIS KITA SENDIRI
Visi Syarikat
Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan kepada pelangan-pelangan kami dengan harga
yang kompetitif dan berkhidmat secara professional. Kami bersungguh untuk memberikan
perkhidmatan yang berkaitan dengan katering secara konsisten dari segi tepat waktu, kuantiti
yang mencukupi dan keenakan makanan di setiap majlis yang diamanahkan disamping
mengekalkan kualiti pada setiap masa. Kami amat mementingkan kepuasan pelanggan agar
mereka mendapat pulangan nilai setara dengan bayaran yang kami terima.
Misi Syarikat
Mazmida catering antara pilihan pengguna dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan bermutu tinggi dan sentiasa peka kepada keperluan pelanggan-pelanggan kami serta memberi perkhidmatan berkaitan katering dengan harga yang kompetitif dan secara professional.
Kenapa Pilih Kami
20 Tahun Pengalaman Dalam Catering Ini
Kami berpengalaman dalam pelbagai citarasa melayu, india dan cina, kami mengutamakan citarasa pelanggan kami yang hadir didalam pelbagai kaum.
Kami mempunyai enam (6) tukang masak yang berpegalaman, dua (2) orang di setiap cawangan, Tiga (3) pembantu tukang masak yang juga berpengalaman, dua (2) orang disetiap cawangan, dan Tiga (3) penyelia tukang masak , seorang (1) disetiap cawangan.
Pihak kami boleh memberikan perkhidmatan sajian sehingga lima (5) tempat dalam satu-satu masa dan dapat memberi hidangan sehingga 10,000 orang jemputan untuk satu (1) hari.
Mazmida Catering Services
Carta Organisasi Syarikat
Carta Organisasi Syarikat Mazmida Catering Services menunjukkan struktur kepimpinan kami, memastikan operasi berjalan lancar dan perkhidmatan terbaik untuk setiap pelanggan.

Sedia Tempah Katering Untuk Majlis Istimewa Anda?
Kami menyediakan hidangan lazat dan layanan profesional untuk menjadikan acara anda lebih bermakna dan berkesan.